
Lulur adalah salah satu perawatan tradisional untuk membersihkan dan melembutkan kulit. Lulur biasanya dibuat daripada bahan-bahan alami seperti beras, rempah-ratus, dan bahan alami lain yang dicampur dan dihaluskan hingga membentuk ‘paste’. ‘Paste’ lulur ini kemudiannya digunakan untuk menggosok kulit secara lembut dengan gerakan melingkar, sebelum dibilas dengan air.
Lulur sebenarnya bukanlah terhad untuk wanita berpantang saja, tetapi boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Namun, ia cukup banyak manfaatnya bagi wanita bersalin. Lulur biasanya digunakan sebagai sebahagian daripada proses kecantikan sebelum pernikahan, dan seringkali dianggap sebagai cara untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, menghaluskan kulit, dan membuat kulit terlihat lebih cerah. Selain itu, lulur juga memiliki manfaat untuk menenangkan tubuh dan fikiran, malah membantu mengurangkan stres. Sehingga ini, amalan lulur telah menjadi perawatan kecantikan yang popular di seluruh dunia.
5 Kebaikan Lulur Bagi Wanita Bersalin
1. Memberi Kesegaran
Antara kebaikan lulur adalah membantu pori-pori kulit untuk mendapatkan rangsangan positif. Dengan ini, kulit dapat bernafas hingga ke lapisan kulit terdalam. Selepas bersalin, kita cenderung berasa letih, kusam, dan tidak selesa. Maka, melulur badan menjadikan badan terasa ringan dan lebih bertenaga.
Selain wanita bersalin, lulur juga sesuai bagi wanita yang lasak dan sering mengendalikan kerja di luar pejabat. Lakukan lulur beberapa kali dalam sebulan agar kulit terasa lebih segar dan bermaya.
2. Awet Muda
Seperti yang kita tahu, fungsi utama lulur adalah membantu pengelupasan kulit mati. Kulit baru yang lebih anjal dan sihat akan menjadikan penampilan kita tampak lebih awet muda.
Maka, tidak hairanlah lulur ini telah diamalkan oleh golongan atasan sejak berzaman lamanya. Jadi, teruskanlah amalan berlulur ini walaupun selepas tamat tempoh berpantang nanti.
3. Antara Kebaikan Lulur Ialah Mencerahkan Kulit
Sesetengah wanita mengalami banyak masalah kulit seperti ketiak hitam akibat perubahan hormon. Seiring dengan proses terhasilnya sel kulit yang baru, daki-daki akan menghilang dan khasiat bahan lulur yang digunakan juga akan diserap oleh tubuh.
Secara tidak langsung, khasiat semulajadi daripada bahan-bahan tersebut membantu tubuh bertambah cerah dan mendapat tona yang sekata. Bahkan, tampak lebih berseri setiap hari.
4. Menjadikan Otot Badan Lebih Relaks
Kebaikan lulur yang seterusnya adalah terhadap psikologi – di mana aroma semulajadi yang digunakan mampu merangsang suasana yang tenang dan relaks.
Dalam tempoh berpantang, mandi lulur dapat bertindak sebagai urutan dan gosokan lembut pada tubuh yang akan membuatkan otot badan menjadi lebih relaks.
5. Kulit Lebih Gebu Dan Mulus
Akibat perubahan hormon, kulit wanita terasa kering, kasar dan kusam. Hal ini boleh berlarutan sehinggalah beberapa bulan selepas tempoh bersalin. Dengan mandi lulur, bahagian kulit yang tidak sihat boleh digantikan dengan kulit baru.
Selepas berpantang juga, amalan mandi lulur ini sebaiknya diteruskan. Apabila dimakan usia, kulit akan mula kendur dan berkedut. Penggunaan lulur secara rutin setiap dua kali seminggu dapat menghindarkan masalah ini.